Monday 8 August 2011

nasi ayam


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • [hiasan]
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

tom yam


  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam & perasa
  • sedikit minyak
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
  5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  6. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
  7. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.

sup ayam lengkuas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas je, walau ringkas tapi sedap sangat. Tak sangka resepi sup ayam lengkuas yg ada di belakang kotak kiub ayam knorr membuatkan sup ini sungguh sedap sekali. Dahlah sedap, nak menyediakannya pun mudah. Ramai kawan2 yg dah mencubanya, pada yg belum tu...cepat2lah buat, mmng sedap...lebih2 lagi bila hirup kuahnya. Kali ni saya C&P dariYani@MyR. Saya masak seekor ayam, jadi bahan2 rempah mestilah di gandakan ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1.5 liter air
  • 1 kiup pati ayam knorr
  • 4cm lengkuas, buang kulit dan hiris nipis-nipis
  • 300g isii ayam, hiris nipis.
  • 5-6 biji cili burung-titik
  • 1/4 cawan santan
  • 2 sudu besar sos kan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • daun ketumbar utk hiasan- hat ni xde lam stok.. so main tabur je dgn daun bawang.
Cara-cara
Masukkan air dan kiub ayam ke dlm periuk. Letak atas api sederhana sehingga mendidih. Tambah hirisan lengkuas. Biarkan selama 5 minit. Masukkan pula isi ayam. Masak 5 minit lagi.
Tambahn cili burung, santan dan gula. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Angkat. Hidang segera. Hias dgn daun ketumbar.

ayam bakar


  • 4 keping ayam bhgn dada
  • 1tbsp fresh yogurt
  • 1 1/2 tbsp rempah tikka (opt)
  • 2 tbsp sos BBQ chicken&ribs Heinz
  • 1 tbsp sos worchestershire
  • 1 tbsp sos tiram
  • 2 tbsp campuran jintan putih,jintan manis(di blend)
  • 1 bj telur
  • sedikit tepung jagung
  • sedikit blackpepper
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. campurkan sume bhn.perap dgn ayam semalaman...bakar
  2. hidang bersama mashed potato,kentang goreng,baked bean..

nasi beriani


Bahan-bahan ( 7 oarang makan )

  • 1 kg beras basmati
  • 1.5 liter air
  • 40g mentega
  • 40g minyak sapi
  • 1 biji tomato- potong dadu
  • 5 ulas bawang merah - dihiris
  • 5 ulas bwg putih- dihiris
  • 1 inci halia- dihiris
  • 200g susu cair
  • garam

Cara-cara

  1. basuh beras dan toskan
  2. panaskan mentega dan minyak sapi. tumis bahan yang dihiris.
  3. masukkan air dan susu. biar hingga mendidih
  4. bila mendidih masukan beras dan tomato. biarkan nasi masak. masa menghidang bolehla di tabur bawang goreng jika suka



or  





Bahan-bahan ( Sekeluarga lebih kurang 7-8 orang )

  • Bahan2 utk lauk
  • 600 gm ayam
  • 100 gm bawang merah - dimayang, digoreng dan ditumbuk halus
  • 70 gm puri tomato
  • 1/2 st garam
  • 1 cawan minyak masak
  • ketumbar
  • Rempah Utk Digiling :-
  • 1 sb ketumbar [
  • 1 st jintan manis
  • 1 st jintan putih
  • 1 st lada hitam
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai cili kering
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 2.5 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • Bahan2 Utk menumis nasi :-
  • 3 cawan beras beriani (basmathi) 4 cawan air sejuk 90 gm minyak sapi 1 sb serbuk badam 1 st garam 1 st gula 5 helai daun pudina
  • Bahan2 utk menumis :-
  • 2.5 cm halia - dimayang 1 labu bawang besar - dimayang 4 ulas bawang putih - dimayang 3 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 1/2 st jintan manis
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. 1. Panaskan minyak sapi dicampur minyak masak (dikacau2).
  2. 2. Tumiskan bahan2 penumis. Campurkan sedikit air dan masukkan rempah2 yang telah digiling halus. Kemudian masukkan air dan puri tomato.
  3. 3. Masukkan ayam dan kacau. Tutup sebentar sehingga ayam empok.
  4. Setelah masak, keluarkan ayam saja dan tinggalkan kuahnya. Campurkan air lagi, masukkan garam, gula, serbuk badam dan dikacau, kemudian ditutup sebentar.
  5. 5. Bila mendidih masukkan bawang yg telah digoreng dan ditumbuk halus.
  6. 6. Kuah ini dimasukkan ke dalam periuk nasi. Beras yang telah dicuci dimasukkan ke dalamnya. Kacaukan rata2 dan tutup.
  7. Klik untuk isi cara-cara di sini
  8. 8. Bila agak kering, bolehlan dimasukkan ayam dengan cara diselit2kan di celah-celah nasi. Tutup dan biar hingga masak.
  9. 9. Bila telah masak, taburkan dengan sedikit kismis dan hidangkan dengan cili yng dipotong berbentuk bunga.

ayam masak merah


Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • garam kunyit
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan kicap
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit air
  • 1cm halia
  • 3 sudu besar cili giling- boleh tambah kalau nak lagi pedas

Cara-cara

  1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Perapkan dengan garam kunyit selama 5 minit. Goreng dalam minyak penuh sehingga 2/3 masak.
  2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Ambik 2-3 sudu besar minyak goreng ayam tadi. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos, kicap, sedikit air dan ayam. Masak sehingga kuah pekat.

Sunday 24 July 2011

BUDU

Bahan-bahan ( 1 bekas )

  • 1 kg ikan bilis (Bersihkan.Jangan tos air hingga kering)
  • Garam kasar secukupnya
  • Segenggam asam jawa (isi sahaja)

Cara-cara

  1. Bahagikan garam kepada 5 bahagian.Taburkan bahagian pertama garam di dasar bekas biar rata (bekas utk memerap budu).Seeloknya pakai bekas tembikar/porselin.
  2. Gaulkan ikan bilis dengan asam jawa sampai rata. Bahagikan kepada 4 bahagian.
  3. Taburkan ikan bilis ini di atas lapisan garam dalam bekas tadi.Kemudian taburkan pula selapis garam lagi di atas ikan bilis pula.Buat hingga abis.Buat berlapis-lapis sehingga akhirnya lapisan garam.
  4. Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh).Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas.Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat.Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga semua nya hancur.Jangan dedah kepada cahaya atau udara luar kerana ini boleh mengakibatkan budu berulat.Sesekali jenguk lah hasilnya.Tetapi jangan di kacau.
  5. Bila semuanya sudah hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa.Simpan dalam peti sejuk.